HomeSARAWAKBERITA200 Hilang Tempat Tinggal Akibat Kebakaran Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian...
randausarawak.net

200 Hilang Tempat Tinggal Akibat Kebakaran Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian dekat Saratok

Rumah Kayan Tarang


SARATOK: Dalam kejadian pada jam 10 pagi semalam, kira-kira 200 penduduk terjejas apabila Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian dekat Saratok yang berusia 52 tahun musnah dijilat api dalam masa hanya 45 minit.

Rumah panjang separuh kekal itu mempunyai 25 pintu bilik yang mana bahagian atas diperbuat daripada kayu, manakala bahagian bawah adalah konkrit .

Tuai Rumah Kayan, 74, ketika ditemui berkata ketika kejadian kebanyakan penduduk rumah panjang itu berada di kebun dan di pekan Saratok.

“Hanya warga emas dan kanak-kanak yang berada di rumah semasa kejadian. Menurut penduduk, kebakaran dipercayai bermula dari salah sebuah bilik yang terletak di tengah-tengah rumah panjang.

“Ketika kebakaran, saya sendiri sedang bekerja di kebun sawit saya. Apabila dimaklumkan, saya dan beberapa pekerja yang juga penduduk rumah panjang bergegas pulang.

“Namun setibanya di rumah panjang, separuh daripadanya sudah musnah dijilat api,” katanya.

Kayan berkata, kejadian itu merupakan satu tamparan yang amat besar kepada penduduk, terutama mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Mohamad Darul Azreen Md Desa berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

“Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati api telah memusnahkan kira-kira 85 peratus rumah panjang itu. Faktor rumah panjang yang dibina daripada kayu dan angin kencang pada waktu kejadian menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Ketiadaan pili bomba juga satu cabaran kepada anggota bomba untuk mengawal dan memadam kebakaran. Kita terpaksa mendapatkan sumber air dari sungai yang terletak lebih kurang 50 meter di bahagian hadapan rumah panjang ini,” kata Mohamad sambil menambah bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 12.15 tengah hari.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida