HomeSARAWAKBERITA3 warga China terkorban insiden kebakaran lombong Sri Aman
randausarawak.net

3 warga China terkorban insiden kebakaran lombong Sri Aman

KUCHING: Tiga warga China meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap semasa kebakaran di dalam lombong arang batu Lucky Hill di Abok, dekat Pantu, kira-kira 80km dari Sri Aman, semalam.


Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad hari ini berkata, identiti ketiga-tiga mangsa itu, dipercayai pelombong kanan yang bekerja dalam projek usahasama antara Malaysia dan Korea, masih belum dikenal pasti.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa adalah antara lima pekerja, termasuk jurutera teknik dan jurutera keselamatan, yang masuk ke dalam terowong untuk membuat penilaian sama ada selamat bagi pekerja meneruskan operasi selepas kebakaran itu mula dikesan kira-kira 8 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, seorang daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di hospital Serian manakala dua orang lagi di pusat perubatan Timberland di sini.

Sebelas warga China, katanya, turut dimasukkan ke pusat perubatan Timberland dan dua lagi ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk rawatan.

Lapan pekerja cedera ketika kebakaran

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida