HomeSARAWAKPenolong Pengarah Jakim Sarawak Bersama 3 Pegawai Lain Maut Dalam Kemalangan di...
randausarawak.net

Penolong Pengarah Jakim Sarawak Bersama 3 Pegawai Lain Maut Dalam Kemalangan di Jalan Sri Aman-Betong

4-pegawai-agama-maut-jln-sri-aman-betong-1 4-pegawai-agama-maut-jln-sri-aman-betong-2


Empat pegawai agama Islam, tiga daripadanya wanita yang dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Jalan Sri Aman – Betong dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Seorang pegawai agama lelaki yang turut terlibat dalam kejadian itu cedera parah dan kritikal manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian, kereta Toyota Innova yang dipandu Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, dari arah arah Sri Aman menuju Sarikei gagal dikawal lalu bertembung dengan lori balak dari arah bertentangan.

Jurucakap polis memberitahu, lori balak dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu, dipercayai telah memasuki laluan bertentangan ketika mengambil selekoh.

Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian. Tiga lagi yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah tiga pegawai wanita, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.

Penumpang yang cedera parah dan kritikal ialah Fakih Ikhwan manakala seorang lagi, Mohd. Firdaus Ahmat, 23, mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa, masing-masing bertugas di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak.

 

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida