HomeSARAWAKBERITASeorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta...
randausarawak.net

Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak

Setakat ini, SPRM telah menahan tiga individu termasuk seorang jurutera awam berhubung dengan kes tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.


Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu direman selama lima hari sehingga Ahad ini selepas Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan permohonan yang dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, pagi ini.

Sumber itu berkata suspek merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang sebelum ini telah ditahan oleh SPRM pada Khamis lepas dan dipercayai berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kerja Raya di sebuah daerah di Sarawak.

“Mereka dipercayai telah melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.

“Susulan itu, suspek telah ditahan sekitar pukul 6.30 petang semalam di sebuah daerah di negeri Sarawak,”* katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini, SPRM telah menahan tiga individu termasuk seorang jurutera awam berhubung dengan kes tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan kes terbabit.

Terkini / Latest

NASIONAL

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida