HomePRN SARAWAKSumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak
randausarawak.net

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

“Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).


Kerajaan akan menyalurkan SARA melalui MyKad secara bulanan masing-masing kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar mulai 15 Jan, 2025 (esok).

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac 2025 dan mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

“Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lepas berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata kementerian itu.

Dalam kenyataan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar dengan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penyaluran SARA melalui MyKad juga adalah secara bersasar dengan mekanisme itu memastikan golongan miskin menerima manfaat dalam bentuk barang asas, termasuk makanan asas.

“Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak.

“Kerajaan MADANI komited menggunakan teknologi digital mutakhir bagi memastikan penyaluran bantuan dilakukan dengan kaedah yang mudah difahami dan digunakan oleh rakyat,” kata beliau.

Menurut MOF, di bawah program SARA, penerima manfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini lebih 1,200 buah di seluruh negara berbanding 700 kedai pada 2024.

“Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Suspek kes bunuh Nurul Asikin direman lanjut hingga 29 Disember

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida