HomeSARAWAKEKONOMIPembelian MASwings oleh kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
randausarawak.net

Pembelian MASwings oleh kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb

Sebelum ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan berkenaan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Disember lepas, namun kedua-dua belah pihak memutuskan untuk menggunakan khidmat penilai ketiga bagi menentukan nilai keseluruhan aset syarikat tersebut.

KUCHING — Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025.


Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pengumuman itu sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di sini malam ini.

Sementara itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Tunggulah 12 haribulan (Februari). Sabar-sabarlah,” katanya kepada pemberita apabila dimaklumkan berhubung pengumuman yang dibuat Abdul Karim.

Sebelum ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan berkenaan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Disember lepas, namun kedua-dua belah pihak memutuskan untuk menggunakan khidmat penilai ketiga bagi menentukan nilai keseluruhan aset syarikat tersebut.


MASwing Sarawak merujuk kepada sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Sarawak, Malaysia. MASwing, atau Malaysia Airlines Wings, merupakan anak syarikat kepada Malaysia Airlines (MAS) yang khusus menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik, terutamanya ke kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar di Malaysia, termasuk di Sarawak.

Peranan MASwing di Sarawak:

  1. Penerbangan ke Destinasi Pedalaman:
    • MASwing memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan ke kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak, seperti Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Marudi, dan Limbang. Ini membantu memudahkan pergerakan penduduk tempatan serta menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan tersebut.
  2. Menggunakan Pesawat Kecil:
    • MASwing biasanya menggunakan pesawat kecil seperti ATR 72-500, yang sesuai untuk landasan pendek dan lapangan terbang kecil di kawasan pedalaman.
  3. Menyokong Sektor Pelancongan:
    • Dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan ke destinasi pelancongan di Sarawak seperti Mulu, MASwing membantu mempromosikan pelancongan tempatan dan antarabangsa.
  4. Keterhubungan dan Aksesibiliti:
    • MASwing memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak mempunyai akses kepada perkhidmatan penerbangan yang berkualiti, yang penting untuk urusan perubatan, pendidikan, dan perniagaan.

Cabaran:

  • Operasi di kawasan pedalaman Sarawak sering menghadapi cabaran seperti cuaca buruk, infrastruktur lapangan terbang yang terhad, dan kos operasi yang tinggi.

Masa Depan:

  • MASwing terus memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan wilayah Sarawak, terutamanya dengan meningkatkan kekerapan penerbangan dan memperluas rangkaian destinasi.

Terkini / Latest

BERITA

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida