Thursday, November 28, 2024

PBB akan tampil seorang calon wanita baru

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mungkin akan menamakan empat calon wanita termasuk seorang muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, parti telah memutuskan untuk mengekalkan tiga calon wanita sedia ada dan menampilkan seorang lagi calon baharu.

Tiga calon wanita PBB sedia ada ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman.

“Saya tidak dapat mendedahkan (calon baharu), meskipun saya tahu.. tunggu pengumuman (Perdana Menteri).

“Bagi calon wanita, Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) telah menunjukkan bahawa kita mengekalkan calon (wanita) sedia ada dan menambah seorang lagi sebagai tambahan,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Menteri Pelanco-ngan terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai 2012 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia yang dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Dr James Dawos Mamit dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong di Dewan Masyara-kat Batu 10 di Kota Padawan dekat sini, semalam.

Tambah Abang Johari, PBB kini sedang atau lebih kurang dalam proses hampir memuktamadkan senarai calon mereka bagi menghadapi PRU13.

Mengulas mengenai sama ada Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong juga dari PBB akan dikekalkan, beliau berkata: “Tunggu Perdana Menteri umumkan.”

Abang Johari dalam pada itu enggan mengulas mengenai penubuhan parti baharu termasuk Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang diketuai bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

“Ia ada perkara biasa untuk melihat kemunculan parti politik baharu dari semasa ke semasa sebagai landskap politik yang dinamik,” tegasnya.

Abdul Kadir telah dipilih sebagai Presiden parti berkenaan sementara timbalan-timbalan Presiden IKATAN termasuk bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis serta dua bekas Presiden Majlis Peguam K. Ragunath dan Ong Hock Siew.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular