Wednesday, November 27, 2024

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida

Buah dabai perlu direndam didalam air suam sebelum boleh dimakan. Ada yang menggelarkan buah dabai sebagai ‘Sarawak Olive’
Buah dabai (dabe, sigei)

Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.

Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buah-buahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.

JPS akan bekerjasama dengan pengeluar produk makanan berasaskan dabai seperti mayonis dabai, pes dabai, keropok dabai malahan dijadikan bahan utama membuat sabun.

Penyelidikan yang dilakukan sejak enam tahun lalu juga berjaya mencipta teknologi sejuk beku membolehkan buah dabai disimpan selama setahun berbanding hanya beberapa hari sebelum ini. “Kami telah mencipta teknologi sejuk beku bagi membolehkan dabai disimpan selama setahun.

Dabai tidak berbuah sepanjang masa sebaliknya bermusim. Jadi teknologi ini banyak membantu industri.

Kelmarin Bulan Dabai dilancarkan di Hotel Riversides Majestic yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular