Wednesday, November 27, 2024

BN guna input media sosial – Dr James Jemut Masing

KUCHING: Input media sosial seperti Internet, blog, Facebook, Twitter dan sebagainya menjadi antara mekanisme yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata ini kerana PRU13 akan melibatkan satu generasi baharu pengundi dan mereka mendapatkan maklumat bukan sahaja dari media aliran utama seperti media cetak dan elektronik tetapi juga melalui media sosial.

“Kita telah meletakkan banyak sumber ke dalam media sosial bagi menyampaikan maklumat yang betul dan pada masa sama menggunakannya untuk mempertikaikan tuduhan palsu dan pembohongan.

“Sekarang, BN mempunyai sebilangan ‘askar siber’ yang semata-mata berurusan dengan kewujudan teknologi maklumat baru ini,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis makan malam sempena Program Sembang-sembang Belia Bersama Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pusat di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Masing yang juga Presiden PRS berkata penggunaan media sosial dan penubuhan ‘askar siber’ BN adalah tidak mencukupi.

Katanya, penggunaan media cetak dan elektronik harus diteruskan selain terus mendedahkan rakyat menerusi seminar dan dialog.

“Tiada senjata yang berkesan untuk memerangi pembohongan dan tuduhan palsu melainkan memberitahu kebenaran,” katanya.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular