Perahu tambang dinaiki Nurul Atikah Rosli dalam perjalanan ke tempat kerja karam di Batang Mukah semalam.
MUKAH: Seorang gadis, Nurul Atikah Rosli, 17, pembantu kedai yang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki perahu tambang dikhuatiri lemas dalam kejadian perahu tambang karam di perairan Batang Mukah di sini sekitar jam 6 pagi semalam.
Mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar mini di bandar Mukah dengan menaiki perahu tambang dari pangkalan Kampung Tanjong ke seberang tebing Batang Mukah pagi semalam bersama tiga lagi penumpang lain.
Menurut saksi dan salah seorang penumpang yang selamat, Jali Gani, 63, ketika insiden berlaku arus Sungai Mukah deras dan juragan hanya menggunakan sebuah enjin 3.3 kuasa kuda manakala sebuah lagi rosak.
Jali yang merupakan pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Mukah memberitahu, kejadian tersebut berlaku begitu pantas sehingga mereka yang terselamat tidak sempat menyelamatkan mangsa lain.
Katanya perahu tambang itu hanyut dibawa arus deras sehingga tidak berjaya sampai di jeti pasar Mukah (seberang Kampung Tanjong) mengakibatkan ia tersadai di hadapan beberapa perahu nelayan yang sedang berlabuh.
“Saya dan dua lagi penumpang termasuk juragan sempat melompat dari perahu tersebut ke perahu-perahu lain di sana, sementara mangsa tertinggal seorang diri di dalam perahu tadi yang dengan pantas terbalik lalu karam dibawa arus deras.
“Pada mulanya, saya sempat menolak perahu lain namun tidak berjaya kerana arus deras.
“Seorang daripada mereka Siti Hawa pula pada ketika itu sempat menggapai tangan Nurul Atikah namun tidak bertahan lama dan terlepas apabila perahu terbalik,” jelasnya.
Tiga lagi penumpang Aliyana Wahida Ajiji, 15, dan Siti Hawa Bujang, 47, termasuk pemilik dan juragan perahu tambang Hepni Majidi, 35, berjaya menyelamatkan diri dengan melompat ke perahu-perahu nelayan lain yang sedang berlabuh berdekatan tebing Batang Mukah.
Balai Bomba dan Penyelamat Mukah yang menerima laporan pada sekitar jam 6.50 pagi daripada orang awam, bergegas ke lokasi kejadian.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bermula kira-kira jam 7 pagi yang diketuai Ketua Balai Bomba Mukah Alimat Sam.
Operasi turut membabitkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mukah dan para nelayan dari kampung-kampung berdekatan dengan tumpuan pencarian di sepanjang sungai berkenaan.
Sehingga jam 2.45 petang, Nurul Atikah yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui.