Wednesday, November 27, 2024

Najib Tinjau Kawasan Terkenal Dengan Perniagaan Kek Lapis Sarawak

Najib membuat tinjauan di sekitar Kampung Gersik, Kuching, Sarawak
Najib membuat tinjauan di sekitar Kampung Gersik, Kuching, Sarawak

Selepas berehat seketika sejurus sampai ke bilik penginapannya di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Tebingan Kuching untuk memulakan program ‘walkabout’ (tinjauan mesra) kira-kira pukul 6 petang.

Diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan lain-lain menteri Sarawak, beliau menaiki perahu penambang menyeberangi Sungai Sarawak untuk membuat tinjauan di sekitar Kampung Gersik yang cukup terkenal dengan deretan pengusaha kek lapis Sarawak.

Perdana Menteri kemudiannya singgah di salah sebuah kedai kek lapis terkenal di sini ‘Mira Cake House’ dan sempat mencuba beberapa jenis kek lapis yang ditawarkan.

Beliau bersama rombongannya kemudian melawat deretan kedai makanan di Medan Selera Kampung Boyan untuk beramah mesra dengan orang ramai dan juga para peniaga di situ.

najib-medan-selera-gersek

Najib menghabiskan kira-kira setengah jam dalam program tinjauan mesra di sini dan sejurus selepas menikmati masakan ‘Mee Kolok’ yang cukup sinonim dengan Sarawak, beliau bersama rombongannya mulai beredar ke jeti.

Perdana Menteri tidak menghampakan harapan ramai di sini apabila sempat ‘berselfie’ dengan beberapa pengunjung yang lama menunggu ketibaannya untuk melihat kelibat pemimpin nombor satu negara, sejak pukul 5 petang lagi.

Najib, Menteri yang tiba di sini pada pukul 5 petang tadi, untuk lawatan kerja tiga hari ke Sarawak dijadualkan untuk merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini pada pukul 8.30 malam ini.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular