Wednesday, November 27, 2024

Remaja dikhuatiri lemas, dua rakan selamat, kereta terbabas jatuh sungai

remaja lemas kereta terbabas dalam sungai miri

MIRI – Seorang remaja lelaki dikhuatiri mati lemas, manakala dua rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Liku di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa, Jenical Igul, 21, masih hilang selepas terperangkap di dalam kereta jenis Proton Saga yang dipandunya.

Manakala, dua rakannya iaitu Jivean Pilau, 19, dan Jerunsin Ijok, 22, dikatakan sempat menyelamatkan diri selepas melompat keluar dari kereta tersebut apabila kenderaan itu hampir menjunam ke dalam sungai berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.42 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kereta yang dipandu mangsa sudah menjunam ke dalam Sungai Liku di sini.

“Operasi mengesan mangsa yang ditangguh pada pukul 12.42 tengah malam tadi akan disambung semula pada pukul 8 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular