Wednesday, November 27, 2024

PELAJAR DIKHUATIRI LEMAS DI PANTAI DAMAI, SANTUBONG

SANTUBONG: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di ketika sedang berdiri di kawasan batu di sebuah resort di Pantai Damai, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Aslam Husaini, 19, dikatakan berada di kawasan berkenaan bersama dua lagi rakannya sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh ke laut kira-kira jam 10 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, dua lagi rakan mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri kerana berenang ke tepi pantai, mangsa bagaimanapun hilang dan dikhuatiri dihanyutkan.

Menurutnya, mangsa adalah pelajar Madrasah Darul Ulung Al Fatah, Samariang datang ke resort berkenaan untuk menjalani aktiviti rekreasi pagi tadi bersama tiga guru pengiring.

“Setakat ini pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di pantai berkenaan,” katanya.

20161113-lemas-pantai-damai-santubong-sarawak

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular