Wednesday, November 27, 2024

Dasar Kabotaj: DAP dan Pakatun Cuba Berbohong, Mengelirukan Rakyat

Untuk bertahun-tahun lamanya, DAP menggesa Kerajaan untuk memansuhkan Dasar Kabotaj dan juga memasukkan dalam manifesto mereka setiap kali pilihan raya.

DAP telah mengatakan banyak kali kerajaan mesti berlaku adil kepada Sabah dan Sarawak dan memansuhkan dasar untuk membantu mengurangkan harga di Malaysia Timur untuk meringankan beban rakyat.

Selepas Najib memansuhkan dasar kabotaj lebih 30 tahun yang diperkenalkan oleh Mahathir bagi Sabah dan Sarawak dua hari lepas, ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen kini berkata kerajaan perlu mengkaji semula keputusan untuk memansuhkan Kabotaj.
https://pakdin.my/najib-menghapuskan-dasar-kabotaj-37-tahun-mahathir-terhadap-sabah-sarawak-dan-labuan/

Chong berkata dasar ini akan memberi kesan tidak baik terhadap Sarawak dan mungkin tidak membantu dalam mengurangkan harga di Sarawak.

Apa yang DAP mahu sebenarnya?

Tidak dimansuhkan, DAP marah dan berkata ia memberi kesan tidak baik terhadap Sabah dan Sarawak.

Apabila dimansuhkan, DAP marah dan berkata ia ia memberi kesan tidak baik terhadap Sabah dan Sarawak.

Ini adalah bagaimana tidak bergunanya DAP dan Pakatan. Apa yang mereka lakukan adalah untuk mencari apa-apa isu untuk menyerang Kerajaan untuk mengelirukan dan menghasut rakyat.

Ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat Sarawak bertindak betul dengan memberi kekalahan kepada DAP dalam pilihan raya Sarawak tahun lepas.

Melainkan jika anda seorang zombie yang tidak berakal, ini merupakan satu lagi contoh yang boleh membantu rakyat Malaysia melihat bagaimana DAP tidak berguna dan pembohong.

LSS.

*******

Rujukan:

DAP says to abolish Cabotage
https://www.therocket.com.my/en/speech-by-dap-secretary-general-lim-guan-eng-at-the-dap-national-congress-on-13-12-12/

“Facebook Guan Eng”
https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1239114249452007

“DAP now says not to abolish Cabotage”
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/09/abolition-of-cabotage-may-result-in-job-losses-says-dap/

“Najib menghapuskan Dasar Kabotaj 37 tahun Mahathir terhadap Sabah, Sarawak dan Labuan”
https://pakdin.my/najib-menghapuskan-dasar-kabotaj-37-tahun-mahathir-terhadap-sabah-sarawak-dan-labuan/

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular