HomePRN SARAWAKAbang Jo di Gedong, bakal rancakkan pembangunan - Penduduk
randausarawak.net

Abang Jo di Gedong, bakal rancakkan pembangunan – Penduduk

Apabila Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 nanti, penduduk di kawasan itu tersenyum lebar memikirkan limpahan pembangunan yang bakal dinikmati mereka kelak.


Pemilik bengkel membaiki kereta dan motosikal Ahmad Farid Sudin, 33, dari Kampung Tengah, Gedong, berkata jarak Gedong dengan Bandaraya Kuching sejauh 90 kilometer, bakal memudahkan lebih banyak pembangunan dibawa ke kawasan tersebut.

Beliau berkata penyandang kerusi Gedong Datuk Naroden Majais telah membawa banyak pembangunan infrastruktur seperti akses jalan raya serta liputan internet yang baik, dan kini usaha tersebut boleh diteruskan oleh pemimpin nombor satu negeri tersebut.

“Apabila Abang Johari mengumumkan bertanding di sini, kami yakin pembangunan lebih cepat akan dinikmati penduduk. Kami mahu lihat wujudnya kawasan perindustrian di sini, tetapi ia tidak perlu terlalu besar namun mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

“Kami juga berharap premis perniagaan bersesuaian dibuka di Gedong, sebagai contoh bengkel membaiki kenderaan yang sedang saya usahakan ketika ini. Selain itu perlu dioptimumkan potensi Gedong yang terkenal dengan perindustrian sawit, pembuatan songket dan pusat pengeluaran sarang burung walit,” kata Ahmad Farid ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Naroden memberi laluan kepada Abang Johari untuk bertanding di Gedong.

Turut senada dengan beliau adalah Maharthir Oyak, 40, dari Kampung Lalang Hilir, yang berkeyakinan dengan kehadiran Abang Johari di Gedong mampu merancakkan lagi usaha-usaha pembangunan di kawasan itu.

Ini kerana Ketua Menteri Sarawak itu sememangnya terkenal dengan idea dan usahanya dalam membangunkan negeri itu.

“Kami amat berbesar hati menerima kehadiran Ketua Menteri ke Gedong, bukan senang seorang Ketua Menteri bertanding di sini.

“Penyandang kerusi (Naroden) sudah melaksanakan tugas dengan baik, kami percaya kepimpinan Abang Johari akan merancakkan serta membawa pembangunan lebih drastik ke Gedong,” katanya yang bekerja sendiri.

Semalam Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu mengesahkan akan bertanding di Gedong dalam PRN akan datang, ‘berpindah’ daripada kerusi Satok yang disandangnya sejak sembilan penggal lepas.

GPS mengumumkan Dato Ibrahim Baki menggantikan Abang Johari di Satok pada PRN kali ini.

— BERNAMA

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida