HomePRN SARAWAKAbang Jo pindah ke Gedong, selepas 40 tahun berkhidmat di Satok
randausarawak.net

Abang Jo pindah ke Gedong, selepas 40 tahun berkhidmat di Satok

Selepas 40 tahun menjadi wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Ketua Menteri Abang Johari Openg, tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, sebaliknya berpindah ke Gedong.


Abang Johari mula menjadi ADUN Satok selepas memenangi pilihan raya kecil pada 1981 susulan peletakan jawatan penyandang, Abang Abu Bakar Abang Mustapha, dan kekal mempertahankan kerusi itu sehingga PRN 2016.

Muka baharu yang akan mengisi kekosongan DUN Satok ditinggalkan Abang Johari ialah Ibrahim Baki. DUN Satok adalah kerusi tradisi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

PBB selaku parti dominan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding sebanyak 47 kerusi, diikuti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 11 kerusi, manakala Parti Demokratik Progresif (PDP), 5 kerusi.

Sementara itu, Presiden PDP merangkap Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, bertanding di DUN Dudong, manakala anak saudara mendiang James Jemut Masing, Nicholas Kudi, dicalonkan mempertahankan Baleh.

Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian akan mempertahankan DUN Batu Kawah, manakala bekas Presiden parti SPDP William Mawan Ikom yang menyertai PBB, akan mempertahankan Pakan.

Hari ini, Pengerusi GPS mengumumkan semua 82 calon dan penyampaian watikah di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako, Petra Jaya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 Dis.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida