HomeSARAWAKBERITAAbang Johari harap Kerajaan Persekutuan terus hormati hak, keistimewaan Sarawak
randausarawak.net

Abang Johari harap Kerajaan Persekutuan terus hormati hak, keistimewaan Sarawak

KUCHING — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat berharap kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara agar terus menghormati hak dan keistimewaan negeri ini.


Beliau juga berharap Kerajaan Persekutuan terus prihatin terhadap keinginan rakyat Sarawak supaya mana-mana hak yang sudah terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan semula kepada negeri ini.

“Para pemimpin kita terdahulu bersetuju menubuhkan Malaysia dengan beberapa syarat dan keistimewaan untuk satu tujuan, iaitu bagi membawa Sarawak ke era yang lebih cemerlang dari segi pembangunan sosioekonomi.

Saya, seperti anak-anak Sarawak yang lain, juga ingin melihat hak dan keistimewaan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 dihormati oleh Kerajaan Persekutuan dan dikuatkuasakan seperti yang sepatutnya,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 peringkat Negeri Sarawak di sini malam ini.

Pada majlis sambutan memperingati Hari Kebangsaan 2021 yang diadakan dalam skala kecil itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, menjadi tetamu kehormat dan majlis itu turut dihadiri menteri-menteri negeri, ketua jabatan dan ketua kaum.

Abang Johari turut berterima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 17 bulan yang lepas kerana telah menunjukkan keprihatinan kepada impian rakyat Sarawak yang ingin menikmati hasil mahsul negeri mereka sendiri walaupun akur sebahagiannya perlu disumbang kepada pembangunan negara.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang berusaha untuk melaksanakan program pemberian vaksin bagi 289,200 individu berumur dari 12 hingga 17 tahun atau 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak, dengan penyeliaan oleh Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Kerajaan amat berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memudahkan dan melicinkan pelaksanaan program ini nanti,” katanya.

Abang Johari berkata setakat semalam, program pemberian vaksin di Sarawak sudah mencapai 91 peratus atau 1,879,360 bagi dos pertama daripada 2,066,000 individu yang layak berumur 18 tahun ke atas sudah menerima suntikan.

“Sementara bagi dos kedua seramai 1,821,499 individu atau 88.2 peratus daripada individu 18 tahun ke atas yang layak telah melengkapkan vaksinasi,” katanya.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida