Adakah Kini Berita Di Sarawak Lebih Banyak? Soal Penganalis

1

Seorang penganalisis politik berkata menteri Sarawak wajar membidas kerajaan persekutuan Pakatan Harapan berhubung liputan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak mencukupi ke atas program-program kerajaan negeri.

Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata ada keperluan untuk memberikan masa siaran yang adil kepada pemimpin dan aktiviti kerajaan negeri.

“Bagi, saya tak nampak RTM benar-benar sudah mengubah cara ia beroperasi,’ kata Jeniri, pakar dalam bidang komunikasi politik.

Beliau mengulas kata-kata menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah di Dewan Undangan Negeri mengenai liputan tidak mencukupi ke atas program-program kerajaan negeri.

Karim juga menuduh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo “bermain politik” dengan mendakwa RTM akan berlaku adil dalam liputannya.

Beliau faham sekiranya RTM tidak memberi liputan ke atas acara anjuran Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi masa siaran wajar diberikan untuk program-program kerajaan negeri dan sukan.

Jeniri bersetuju dalam hal berkaitan program-program kerajaan negeri, RTM wajar menonjolkan apa yang sedang dilakukan Sarawak seperti ia menonjolkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Harapan.

“PH menjanjikan kebebasan media, ini hanya boleh dilihat dari perspektif berbeza termasuk bersikap objektif dalam laporan dan memberi suara, masa siaran, kepada pembangkang.”

Kerajaan juga mesti dilihat bersikap objektif dan media kawalan kerajaan bertanggungjawab untuk membuat liputan ke atas apa yang sedang berlaku di Sarawak.

“Ini melangkaui politik, media kerajaan harus mempromosikan integrasi nasional dan pembangunan bangsa, rakyat di bahagian-bahagian lain di Malaysia juga perlu lihat apa yang sedang berlaku di sini. Ini Malaysia Baru, tunjukkan kematangan anda.”

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mesti tunjukkan bukti berapa banyak masa siaran diberikan kepada apa yang sedang berlaku di Sarawak apa yang sedang kerajaan negeri lakukan, kerana kewibawaannya sekarang tergugat.

Beliau berkata PH tidak patut melakukan apa yang dibuat oleh pentadbiran Barisan Nasional iaitu tidak menonjolkan usaha kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.

“Kalau anda kata anda lebih baik, buktikan, jangan pinggirkan Sarawak. RTM jambatan yang menghubungkan rakyat Sarawak dengan Malaysia Barat.

“Di Sarawak, bagi ramai orang di kawasan luar bandar, RTM satu-satunya saluran mendapatkan berita, jadi tidak memberikan masa siaran untuk program-program yang dijalankan kerajaan Sarawak adalah tidak bertanggungjawab.”

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here