Adakah Wajar Sarawak Dihina ?

1

wakil rakyat Sarawak membidas komen Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai ketidakpuasan hati ahli-ahli Parlimen terhadap peruntukan negeri itu dalam Belanjawan 2020.

Nancy Shukri (GPS-Batang Sadong) berkata Sarawak bukannya susah puas hati, selepas menerima peruntukan negeri kedua terbesar dalam Belanjawan 2020, cuma “tahu dan sedar di mana hak kita yang perlu dituntut”.


“Jumlah peruntukan RM9.6 bilion atau 17.1% daripada keseluruhan pembangunan 2020. Daripada jumlah tersebut, Sarawak dan Sabah masing-masing hanya mendapat RM4.4 bilion dan RM5.2 bilion,” katanya hari ini ketika membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentang Lim minggu lepas.

“Adakah wajar rakyat Sarawak harus dihina sedemikian rupa? Saya sedia maklum menteri memang tiada sedikit timbang rasa terhadap Gabungan Parti Sarawak, tetapi adakah sanggup menteri hina rakyat Sarawak dengan belanjawan mungkir janji seperti ini?”

Nancy hari ini berkata sikap Lim berbeza dengan apa yang dijanjikan kepada rakyat Sarawak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya tidak perlu ulang, sila tengok video, menteri tahu apa yang dia nyatakan,” katanya.

Kenyataan Nancy itu menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat Pakatan Harapan dari Sarawak yang cuba mencelah.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon kemudian meminta wakil-wakil rakyat lain tidak menganggu perbahasan Nancy.

Seorang menteri Sarawak pada Sabtu berkata peruntukan yang disediakan kerajaan persekutuan, meskipun terdapat peningkatan dalam geran khas, masih tidak mencukupi, antaranya kerana terdapat lebih 1,000 sekolah usang serta kekurangan hospital dan pakar.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here