Timbul Kekeliruan Laporan Media Mengenai Laporan ADUN Selangor Ditahan

14

Selepas tular berita penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) selangor bersama beberapa individu politik, semakin banyak pula kekeliruan yang timbul mengenainya.

Memetik laporan Berita harian :- 

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

“Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

 

Laporan Sinar Harian 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

Adhif Syan yang juga Ketua Armada Selangor berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.

 

Laporan Malaysiakini

 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menafikan dakwaan tular bahawa beliau ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara, pagi ini.

Adif Syan sebaliknya berkata beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.

Laporan Harian Metro (FB)
walau bagaimana pun Posting berkenaan telah pon dipadam ketika ini

 

Soalnya benarkah laporan yang viral hari ini ataupun ianya adalah fitnah semata-mata ekoran pemberian projek berkaitan Belia dan Sukan yang membabitkan individu tertentu  ?

sementara itu memetik hantaran yang dibuat oleh seorang aktivis politik yang juga merupakan seorang peguam :

Pada 12 Jan 2020, jam 1028, ASP mohamed Salim bin Ahmad Tajudeen – KPB Petaling telah membuat laporan polis berhubung tangkapan ke atas Adhif Syan bin Abdullah bersama 16 individu lain (10 (L) Melayu, 1 (L) Cina, 5 (P) Melayu dan 1 (P) Indonesia) atas kesalahan menggunakan dadah dan menganjurkan permainan judi di dalam premis. Tangkapan dibuat pada jam 0445 di premis GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, KL ketika sedang mengadakan ‘private party’. Antara yang ditangkap adalah Muhammad Fadzil Mohd Ahmad – Peg. Khas Supol PM, Pizi bin Jihat – Peg. Khas TSMY, Ahmad Redzuan bin Mohamed Shafi – Peg. Khas Menteri Belia & Sukan dan Mohammad Haikal bin Hamzah – Peg. Khas ADUN Dengkil.

2. Pemeriksaan turut menemui 1 peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (0.5 gram), 1 piring kaca berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (0.3 gram), 1 batang rokok berisi ceraian daun-daun kering disyaki ganja (0.6 gram), daun terup dan cip nilai untuk bermain judi. Saringan air kencing mendapati 16 individu positif dadah termasuk ADUN Dengkil. Kesemua tangkapan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang. Petaling Rpt. 518-520/2020 adalah berkaitan dan kes diklasifikasikan di bawah Sek 12(2) & 15(1)(a) ADB 1952, Peraturan 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara dan Sek 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 

apa-apapun sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari pihak PDRM..

 

 

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here