Adun Pujut sah hilang kelayakan

9

MAHKAMAH Persekutuan hari ini membenarkan rayuan dibuat Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut.

Dengan penghakiman itu, Ting kini bukan lagi wakil rakyat kerusi itu.

Beliau dilucutkan kelayakan sebagai Adun pada 12 Mei 2017, susulan usul dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak Wong Soon Koh, yang mendakwa Ting mempunyai dua kewarganegaraan- Malaysia dan Australia.

Pada 17 Jun 2017, Mahkamah Tinggi di Kuching membatalkan keputusan DUN Sarawak memecat Dr Tiong Choon yang didakwa memiliki kewarganegaraan Australia, daripada kedudukannya sebagai ADUN Pujut pada 12 Mei 2017.

Pada 13 Julai 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan DUN Sarawak untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here