HomeSARAWAKAhli Keluar, Parti Pekerja Sarawak Bakal Terbubar
randausarawak.net

Ahli Keluar, Parti Pekerja Sarawak Bakal Terbubar

SWP sarawak berpecahTindakan lebih 360 orang ahli mengikuti jejak langkah Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Tonny Muari yang bertindak keluar parti bakal mengkuburkan parti itu tidak lama lagi.


Parti yang mendakwa ‘mesra’ BN itu semakin tenat dengan perkembangan terbaru sekaligus bakal meranapkan impian SWP untuk bertanding di enam kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sejak penubuhannya, SWP sudah kelihatan terdesak dalam usahanya mahu diterima rakyat di negeri itu di mana ianya dapat dilihat menerusi tindakan mereka menggunakan nama PM dan Ketua Menteri Sarawak dalam semua majlis mereka.

Tindakan mereka itu telah dibidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, SWP tidak boleh mendakwa mereka parti mesra BN, apa lagi ia secara terbuka mengumumkan akan meletakkan calon menentang BN di kawasan PRS.

Malah Pengerusi Barisan Nasional itu turut meminta supaya rakyat Sarawak hanya memberi sokongan kepada calon BN dan bukan mana-mana calon yang mendakwa “mesra BN” tapi bertanding menentang calon BN.

Tambah menarik Penasihat SWP, Datuk Sng Chee Hua yang juga merupakan salah seorang hartawan di Sarawak, pernah dikatakan sebagai individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun dakwaan tersebut segera dinafikan olehnya.

Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.

Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.

SWP yang diterajui bekas ADUN Pelagus selama dua penggal dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien, dilihat semakin tertekan dengan perkembangan mutakhir ini.

Larry Sng telah dipecat daripada PRS pada 2007 berhubung pertikaian kepimpinan dengan Presiden Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

SWP bukan sahaja membuat ‘masalah’ dengan BN tapi juga dengan parti pembangkang yang lain. Mengambil contoh senario di parlimen Sri Aman, SWP cuba meletakkan calon di mana kerusi tersebut turut diintai oleh DAP dan PKR.

Jika parti tempatan SWP yang merupakan parti tempatan juga akan berkubur, apatah lagi dengan parti pembangkang semenanjung yang cuba bertapak di Sarawak.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida