Menurut Syazlin, langkah itu dibuat selepas beliau mengambil kira beberapa perkara termasuk menunggu perbincangan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Peguam Negara, Tommy Thomas selesai.

“Ayah kepada Allahyarham Muhammad Adib juga pernah berjumpa dengan saya dan merayu agar saya terus mewakili keluarga mereka dalam prosiding inkues ini.

“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar,”