Akhirnya RTM Akui Hanya 181 Liputan Telah Dibuat Untuk Sarawak

0

Selepas menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan di Dewan Undangan Negeri mengenai liputan tidak mencukupi ke atas program-program kerajaan negeri akhirnya RTM tampil memberikan penjelasan mengenainya

Menurut Radio Televisyen Malaysia (RTM), mereka  menafikan tiada liputan diberikan ke atas program-program kerajaan Sarawak, selepas seorang menteri negeri membidas kerajaan Pakatan Harapan kerana “seleweng” media rasmi.

RTM berkata dakwaan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah itu tidak berasas kerana dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini, ia sudah membuat 181 liputan aktiviti melibatkan ketua menteri, menteri-menteri negeri dan kerajaan negeri.

“RTM berusaha sebaik mungkin membuat liputan semua aktiviti di negeri itu,” kata RTM dalam kenyataan hari ini.

RTM berkata laporan disiarkan menerusi pelbagai platform termasuk radio, televisyen dan media sosial, serta dalam pelbagai bahasa dan dialek tempatan.

“Atas arahan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, RTM bebas untuk membuat liputan media aktiviti-aktiviti kerajaan Sarawak,” katanya.

Karim di Dewan Undangan Negeri semalam bercakap mengenai liputan tidak mencukupi ke atas program-program kerajaan negeri, dan menuduh Gobind “bermain politik” apabila mendakwa RTM akan berlaku adil dalam liputannya.

Beliau faham sekiranya RTM tidak memberi liputan ke atas acara anjuran Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi masa siaran wajar diberikan untuk program-program kerajaan negeri dan sukan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here