Aktiviti Ramadan Bermula

3

Menjelang Ramadan yang bakal disambut 6 mei ini seperti biasa aktiviti kebajikan seperti menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan akan terus dijalankan.

Tidak terlepas, Isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan yang bakal disambut 6 Mei ini.

Sumbangan berupa barangan asas tersebut disampaikan pada majlis ringkas di Pusat Kebajikan Datuk Juma’ani, Jalan Kulas di sini melibatkan para penerima dari lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang dan Satok.

Jumaani dalam sidang media selepas penyampaian sumbangan tersebut berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) turut berharap persatuan ini akan menerima lebih banyak peruntukan pada masa akan datang untuk diagihkan kepada ahli-ahli persatuan dan juga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Satok.

Selain sumbangan barangan asas, Juma’ani turut berhasrat untuk membawa anak-anak PKPJ dan PDK Satok untuk membeli belah pakaian raya di Mydin Petra Jaya pada pertengahan Ramadan ini.

Dalam pada itu, selain mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan, sumbangan kecil ini juga diharap mampu memberikan ruang kepada ahli keluarga serta masyarakat umum menjalankan ibadah puasa dengan penuh barakah.

Mereka yang hadir pada majlis sumbangan itu semalam turut diperdengarkan dengan tazkirah Ramadan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PKPJ, Datuk Dr Munirah Hassan serta Naib Pengerusi PKPJ, Dr Ismail Drahman. Utusanborneo

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here