HomeSARAWAKBERITAAnak bunuh ibu kerana enggan beli telefon pintar di Miri, Sarawak
randausarawak.net

Anak bunuh ibu kerana enggan beli telefon pintar di Miri, Sarawak

ibu-di-tikam-enggan-beli-smart-phone


MIRI: Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.

Beliau berkata, polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu.

“Polis menganggap kes bunuh ini selesai…pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida