Anak Sarawak Pertama Dilantik Menjadi Panglima ATM

2

Panglima Tentera Udara ke-18, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-21 berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Affendi sekaligus melakar sejarah dalam Angkatan Tentera Malaysia kerana beliau merupakan anak Sarawak pertama yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera. Beliau menggantikan Panglima Angkatan Tentera ke-20, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera telah diadakan  di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia pada hari ini dan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany. Sumber berita dan gambar :- Air times

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here