Awas Peminjam PTPTN, Hukuman Lebih Tinggi Bakal Menanti Anda

7

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.

Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

Idea-idea lain dari cadangan 10 perkara – yang dimaklumkan kepada PTPTN oleh para pemegang taruh  yang ditemui dalam satu siri perbincangan yang bermula pada bulan Disember tahun lalu  juga melihat cadangan perbadanan untuk mengenakan potongan gaji mandatori, penguatkuasaan ketat dan pelaksanaan sistem penjamin.

Kerajaan PH sebelum ini telah membatalkan hukum terbabit selaras dengan janji manifesto dan menurut timbalan Menterinya ” Tindakan kerajaan terdahulu menyenarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat pembayaran balik dianggap tidak adil.

Tambah Teo Ni Ching lagi, disebabkan itu kerajaan Pakatan Harapan, semasa Pilihan Raya Umum ke-14, menetapkan dalam janji manifesto untuk mengeluarkan peminjam terbabit daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

“Pertamanya, kenapa kita masuk janji (untuk keluarkan peminjam PTPTN daripada senarai hitam) ini dalam manifesto PH, kerana ‘freedom of movement’ adalah hak asasi manusia.

“Kedua, kalau lihat seseorang yang ada hutang dengan bank, nama mereka tidak akan terus masuk senarai hitam Jabatan Imigresen apabila mereka henti buat bayaran atau pembayaran tak konsisten.

“Sebaliknya, nama mereka hanya akan disenarai hitam apabila mereka jadi seorang bankrap,”katanya di dalam parlimen baru-baru ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here