Azmin Nyatakan Sokongan Untuk Mahathir Tadbir Sehingga Akhir Penggal ?

3

Menteri Hal ehwal ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR hari ini menyatakan dokongan beliau ke atas kepimpinan Tuntutan Mahathir.

Menerusi kenyataan medianya hari ini, Datuk Seri Azmin Ali turut mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian PAS dan UMNO untuk memberikan dukungan penuh kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Katanya lagi dukungan bipartisan terhadap YAB Perdana Menteri meru pakan lembaran  baru dalam politik Malaysia di mana kepentingan rakyat diberikan keutamaan.  Ini telah ditampilkan dalam meluluskan pindaan Perlembagaan yang  menurunkan had usia mengundi pilihan raya kepada 18 tahun. Sokongan  tersebut adalah bukti keyakinan terhadap kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir  yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, perbedaan politik  akan tetap wujud. Namun, setiap perbezaan itu perlu diurus dengan baik demi menjamin kepentingan rakyat. Kepimpinan YAB Tun Dr.Mahathir diperlukan  untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan (consistency)  dasar-dasar Kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang-peluang pekerjaan serta kekayaan untuk semua, katanya lagi.

Saya yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar dan kebijakan  negara termasuk konsep ‘shared posperity yang bakal mengembalikan  Malaysia sebagai Harimau Asia.

Dipercayai kenyataan media ini dikeluarkan sebagai respon Azmin Ali yang dikhabarkan tidak hadir ke mesyuarat majlis Pimpinan Pusat PKR yang berlansung semalam.

turut tidak hadir adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor yang juga Menteri Besar, Amirudin Shari. Selain itu, turut tidak hadir Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha.

 


 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here