Wednesday, November 27, 2024

Belanjawan 2013 ke arah masyarakat berpendapatan tinggi

×

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai satu percubaan yang berjaya oleh kerajaan dalam peralihan ke arah masyarakat berpendapatan tinggi.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perasmian Hari Jantung Sedunia 2012 di Taman Sahabat di sini semalam berkata format belanjawan kali ini tidak hanya merangkumi bila-ngan besar rakyat yang terjejas akibat perubahan agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan.

Malah menurut Taib, ia juga merangkumi persoalan bagaimana rakyat yang paling terjejas didahulukan.

“Saya berpendapat ini adalah permulaan kepada usaha kerajaan untuk menangani masalah kemewahan dalam masyarakat.

“Ia bukan persoalan menangani kemiskinan, ia adalah persoalan menyeimbangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat kemewahan,” katanya.

Tambah Taib, Belanjawan 2013 juga cuba ditambah baik dengan mengambil kira kos kehidupan serta mengenal pasti kumpulan yang tidak men-dapat perhatian sebelumnya di-sebabkan masalah yang tidak difahami.

“Dan disebabkan pendapatan yang semakin baik, semakan semula format cukai pendapatan akan membolehkan masyarakat bandar mempunyai lebih banyak tunai untuk digunakan bagi peralihan ke arah masyarakat berpendapatan tinggi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan sempena program itu, Taib berkata Hari Jantung Sedunia merupakan peringatan kepada semua masyarakat untuk me-mastikan kesihatan jantung sentiasa dijaga dengan baik selain fizikal dan emosi.

Katanya sehingga kini penyakit jantung terus kekal sebagai pembunuh nombor satu Malaysia dan Sarawak tetapi masih dapat dicegah menerusi senaman serta amalan pemakanan yang sihat.

“Berjalan adalah cara terbaik untuk kekal sihat kerana ia melibatkan semua anggota badan.

“Justeru saya berharap agar aktiviti ini akan diteruskan sebagai amalan di kalangan kita semua termasuk kanak-kanak.

“Namun, kita berhadapan dengan satu cabaran di sini, di mana anak-anak kita lebih gemarkan senaman jari iaitu gemar menggunakan peralatan elektronik seperti telefon dan lain-lain berbanding senaman sebenar,” ujarnya.

Sebagai sokongan kepada usaha Yayasan Jantung Sarawak menangani stigma penyakit jantung, Taib bagi pihak kerajaan negeri menyumbang RM100,000 kepada yayasan.

Selain itu, Taib yang mewakili Yayasan Laila Taib turut menyumbang sejumlah RM50,000 kepada Yayasan Jatung Sarawak serta RM3,000 daripada Cahya Mata Sarawak (CMS).

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular