HomeSARAWAKBERITABerita Sarawak - Wong Soon Koh Terhutang Budi Kepada Pengundi Bumiputera
randausarawak.net

Berita Sarawak – Wong Soon Koh Terhutang Budi Kepada Pengundi Bumiputera


SIBU, Aug 13 (Bernama) — Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Sri Wong Soon Koh hari ini menemeui lebih 100 Ketua rumah panjang dan pengikut mereka dan sekali lagi menyatakan penghargaan dan rasa terhutang budi kepada pengundi Bumiputera.

Wong dari Sarawak United People’s Parti (SUPP) berkata beliau tidak mungkin mengekalkan kerusi Bawang Assan pada Pilihanraya Negeri April lalu tanpa sokongan padu daripada pengundi Bumiputera

Wong yang menang empat penggal di kerusi berkenaan merupakan salah seorang dari 2 orang calun China dari SUPP yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.

“Saya merasa amat yakin Bawang Assan akan menjadi kubu kuat BN pada piliharaya parlimen akan datang” Kata Wong.

Sebelum itu Wong telah menyampaikan sumbangan 96 unit alat penimbang kepada 96 ketua rumah panjang.

Alat penimbang yang bernilai RM15,00  adalah untuk kegunaan petani dan nelayan dirumah panjang berurusan dengan peraih yang membeli hasil pertanian dan tangkapan ikan.

Wong juga bercadang menubuhkan koperasi peladang bagi mebantu memasarkan hasil pertanian mereka.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida