HomePRN SARAWAKBersatu, PAS tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak - Dr James Masing
randausarawak.net

Bersatu, PAS tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak – Dr James Masing

Seorang pemimpin Sarawak berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) akan datang dan sebaliknya akan menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata, jaminan itu diberikan sendiri oleh Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat semua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sekutu GPS selama dua jam di Putrajaya, kelmarin.

“Jaminan ini bukan sahaja memberi laluan jelas kepada GPS untuk menentang pembangkang tetapi juga petanda baik bahawa parti komponen PN menghormati komitmennya untuk membantu GPS pada PRN nanti,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Masing, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata GPS akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan mengetuai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

GPS adalah gabungan empat parti berpangkalan di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“(Ketua Menteri Sarawak) Datuk Patinggi Abang Johari (Tun Openg), pengerusi GPS, menyatakan kedudukan GPS secara jelas dalam PN. Beliau memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa PRN12 di Sarawak bakal berlangsung pada bila-bila masa. GPS sudah bersedia. Empat parti komponen (GPS) sedang mempersiapkan diri untuk menentang pembangkang (DAP, PKR, PSB dan lain-lain),” katanya.

Masing berkata Muhyiddin dan pemimpin parti gabungan dalam PN+GPS yakin akan memenangi pertarungan PRU15 setelah isu-isu teknikal dalam kalangan gabungan PN akan dapat diselesaikan dan beliau percaya pelbagai parti komponen yang terlibat adalah gabungan politik yang sihat.

Selain Bersatu, PAS dan GPS, parti lain dalam gabungan tersebut ialah UMNO, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah. ― Bernama

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida