BN SABAH PILIH ‘ DATUK MO ‘JADI CALON DI PRK KIMANIS

12

Ketua Bahagian UMNO bahagian Kimanis,  Datuk Mohamad Alamin hari ini diumumkan menjadi calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis yang bakal bermula minggu ini.

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin berkata, Mohamad Alimin, 48 dipilih selepas kaji selidik dijalankan di kalangan akar umbi bagi memilih calon terbaik untuk mewakili BN.

Bung berkata, pemilihan Mohamad yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan itu amat bertepatan bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimiliki UMNO.

Jelasnya, pemilihan Mohamad dibuat selepas penapisan sebanyak empat kali yang dilakukan pucuk pimpinan parti.

Mohamad Alamin  memiliki Ijazah Undang-Undang (LL.B) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia . Beliau yang juga mantan Adun Bongawan pada PRU ke 13 namun tewas di dalam PRU ke 14 lalu di tangan calon warisan, Daud Yusof yang menang dengan hanya majoriti 795 undi.

Berikut adalah biodata calon BN

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here