HomeSARAWAKBERITABomba ‘selamatkan’ lelaki cuba pecah masuk bangunan
randausarawak.net

Bomba ‘selamatkan’ lelaki cuba pecah masuk bangunan

SEORANG lelaki yang disangka mahu membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, rupa-rupanya adalah pencuri.


Sangkaan itu membuatkan pihak polis menghubungi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk bergegas ke lokasi kejadian di Sibu, Sarawak.

Menurut laporan perkembangan harian jabatan itu, mereka menerima panggilan daripada pihak polis pada pukul 8.12 pagi Khamis bagi membantu menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di balkoni tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Dr Wong Soon Kai.

“Orang awam menyangka lelaki berkenaan yang mahu membunuh diri dan menghubungi polis,” katanya.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya memujuk lelaki itu, yang didakwa cuba memecah masuk ke bangunan tersebut.

Suspek turun menggunakan tangga yang disediakan oleh pasukan bomba.

“Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut laporan itu. – The Star

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida