HomeSARAWAKBot Bakun Mas Karam: Seorang Lagi Disahkan Selamat, Empat Masih Hilang
randausarawak.net

Bot Bakun Mas Karam: Seorang Lagi Disahkan Selamat, Empat Masih Hilang

 


Bot-Karam-Belaga-Sarawak-gagal-apungBELAGA: Seorang lagi penumpang yang disenaraikan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Rajang Selasa lepas, disahkan selamat.

Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu, berkata Ejang anak Nabau yang telah pulang ke rumah panjangnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kapit malam Khamis.

Beliau berkata berikutan itu, hanya empat lagi penumpang bot ekspres itu yang masih disenaraikan hilang.

Mereka ialah Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus, katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat disambung semula pukul 7 pagi.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyediakan peruntukan sebanyak RM93 ribu untuk membantu semua mangsa tragedi bot ekspres karam itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga, Liwan Lagang berkata, sehubunganitu penumpang yang selamat dan masih tidak membuat laporan polis diminta segeramembuat laporan untuk memudahkan proses menyalur bantuan.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun telah memberitahu saya mengenai peruntukan bantuan itu dan bantuan akan dibuat berdasarkan senarai sahih laporan polis itu,” katanya kepada pemberita disini, Jumaat.

Senarai Nama 11 Penumpang Yang Masih Hilang

1. Anuar Margaret (lelaki)  ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

2. Akong Empam (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34026

3. Handry Linggi (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34026

4. Mejerin Bantan (perempuan) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

5. Ricky Sunus (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

6. Ejang anak Nabau (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34099

7. Roslin Jati (perempuan)

8. Simon Patrick (lelaki)

9. Paulus (lelaki)

10.Maurice anak Ajan (perempuan)

11. Welson Lat (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

12. Wesly Belaja Nelson (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

13. Tujok Lah (lelaki) Mayat ditemui tidak jauh dari lokasi https://pakdin.my/?p=34

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida