HomeSARAWAKBERITABuli: Polis siasat lima remaja
randausarawak.net

Buli: Polis siasat lima remaja

MIRI: Siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kes lima remaja membuli seorang pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun di bandar raya ini, yang rakaman videonya tular di laman sosial.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 8 Julai lalu dan laporan polis dibuat oleh bapa salah seorang suspek yang turut menyerahkan anak lelakinya untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, bapa suspek berkenaan membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya berhubung penyebaran video memaparkan insiden buli berkenaan di laman sosial.

“Rakaman video itu tular di laman sosial sejak malam semalam. Mangsa dipercayai ditumbuk dan ditendang sekumpulan lima remaja lelaki, termasuk seorang pelajar sekolah menengah pada 8 Julai lalu.

“Bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh anaknya berhubung video tular dalam WhatsApps yang menyaksikan mangsa sedang dibuli, ” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Meng Seah berkata, kes itu adalah yang pertama dilaporkan di Miri tahun ini dan mangsa takut membuat laporan kerana diugut oleh lima suspek berkenaan.

“Mangsa sudah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan rawatan, manakala kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida