HomeSARAWAKBERITABumbung sekolah runtuh, semua pelajar selamat
randausarawak.net

Bumbung sekolah runtuh, semua pelajar selamat

Dipercayai berlaku kerana terdapat kerosakan pada kerangka konkrit

KUCHING ― Bumbung kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Siol Kanan di sini, runtuh kira-kira pukul 12.50 tengah hari, namun tiada kecederaan dilaporkan kerana kebanyakan pelajar sudah pulang awal, selepas tamat sambutan Hari Sukan sekolah semalam.


Penolong Jurutera Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching, Muhammad Ariff Adnan berkata runtuhan dipercayai berlaku kerana terdapat kerosakan pada kerangka konkrit serta kerja-kerja pemasangan yang tidak menepati spesifikasi.

Beliau mengesahkan bahawa sebelum ini pihak sekolah memang sudah melaporkan kerosakan struktur bangunan itu kepada pihaknya, sekitar awal bulan ini.

“PPD juga sudah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri awal bulan ini mengenai situasi bangunan itu yang perlu dibaiki pada bahagian bumbung dan kerangka bangunan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu jurucakap Angkatan Pertahanan Awam memberitahu semasa kejadian, pelajar sekolah telah pulang kerana hari ini adalah Hari Sukan sekolah berkenaan, dan difahamkan sebaik sahaja bumbung runtuh, pihak pengurusan sekolah terus mengambil tindakan segera mematikan sumber bekalan elektrik. ― Bernama

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida