COVID-19 – Nama Rasmi Bagi Koronavirus

6

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019 yang bermaksud ‘Penyakit Virus Korona’.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, co bermaksud ‘korona, vi adalah virus dan d maksudnya penyakit.

Jelasnya, dengan adanya nama rasmi ini ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma selain memberikan format standard untuk digunakan.

Tambah beliau lagi, mereka harus mencari nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan, individu atau mana-mana kumpulan manusia dan berkaitan dengan penyakit tersebut.

Ia telah dipersetujui di antara WHO, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here