HomeSARAWAKCOVID-19Covid-19: Penduduk Sarawak mesti duduk di dalam rumah dari jam 7 malam...
randausarawak.net

Covid-19: Penduduk Sarawak mesti duduk di dalam rumah dari jam 7 malam – 7 pagi hingga 31 Mac

KUCHING: : Setiap individu di negeri memerlukan kelulusan perjalanan khas untuk keluar secara terbuka selepas jam 7 malam hingga 7 pagi.


Ia susulan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mempertingkatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baharu di mana tiada operasi premis dijalankan dari jam 7 malam hingga 7 pagi.

Malah, arahan itu juga bukan pengisytiharan perintah berkurung.

Permit khas itu boleh didapatkan daripada JPBN di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Kata Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas sesiapa yang keluar dalam tempoh itu akan ditahan oleh pihak berkuasa di bawah PKP.

“Jika anda perlu keluar dengan alasan bekerja selepas pukul 7 malam, anda boleh menulis kepada JPBN dan kami akan menilai permintaan anda bergantung pada keperluan sebelum ia diluluskan,” katanya seperti dipetik dayakdaily.com.

Tegas Uggah sesiapa yang ditahan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dipenjarakan sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tinjauan di sekitar bandar raya Kuching malam ini, beberapa sekatan jalan raya dilaksanakan oleh pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan tiada masyarakat keluar tanpa tujuan penting.

Pemerhatian di Miri pula menunjukkan tahap pematuhan yang tinggi dari orang ramai.

Pusat bandar ini sunyi dan tiada orang dilihat manakala lapan pusat komersial utama juga ditutup.

Penduduk Miri yang berjumlah 350,000 orang tinggal di rumah, kecuali beberapa orang gelandangan.

Berikut adalah surat permohonan yang dikeluarkan JPBN Sarawak:

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida