HomeSARAWAKBERITADAP Sarawak Sokong Shafie Sebagai Perdana Menteri
randausarawak.net

DAP Sarawak Sokong Shafie Sebagai Perdana Menteri

DAP Sarawak menyokong penamaan presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) berlawanan dengan pendirian kepimpinan parti itu yang menyokong Anwar Ibrahim.


Pengerusi DAP negeri itu Chong Chieng Jen berkata, walaupun DAP Sarawak menghormati keputusan Majlis Presiden PH yang menamakan presiden PKR itu sebagai perdana menteri ke-9, namun ia menyokong pencalonan Shafie kerana beliau boleh memainkan peranan penting di peringkat persekutuan bagi mengubah politik berasaskan agama dan kaum.

Beliau berkata, sebagai perdana menteri Shafie boleh membawa budaya inklusif kepada rakyat Sarawak, terutamanya dari sudut hubungan persekutuan-negeri.

“Sebagai rakyat Malaysia Timur, tidak ada sebab kami tidak menyokong pemimpin dari sini, iaitu Shafie Apdal sebagai perdana menteri akan datang.

Chong berkata, Shafie konsisten dalam perjuangan menentang kleptokrasi dan rasuah seperti terbukti dalam sikapnya untuk terus bersama-sama PH walaupun ditawarkan tempat dalam kerajaan Perikatan nasional (PN) hari ini dan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Beliau berkata, Anwar hendaklah diberikan tarikh akhir bagi mendapatkan sokongan 112 ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

“Setelah tarikh akhir itu berakhir, Shafie harus diberikan peluang untuk membuktikan dirinya.”

Anwar kini mendapat sokongan 91 daripada 109 ahli Parlimen.

Chong berkata, Malaysia tidak bersedia menerima pentadbiran PN yang dikuasai oleh Umno dan PAS “terus mentadbir dan memporak-perandakan negara”.

“Pedana menteri dari Malaysia Timur akan membantu kita bergerak melampaui politik lama yang memerangkap semua pihak sejak sekian lama, sekali gus membantu membentuk sebuah negara baru yang harmoni dari segi hubungan kaum dan iklusif dari sudut pembangunan wilayah.”

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida