Dipukul Warga Asing Sehingga Maut Kerana Mencuri

0

Seorang lelaki maut akibat dipukul sekumpulan warga asing selepas dituduh mencuri di sebuah kedai runcit berhampiran surau Kampung Petagas, petang Selasa.

Mangsa, Abdul Shukur Abdullah, 57, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth beberapa jam selepas dihantar untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila pihak polis menerima laporan daripada anak perempuan mangsa kira-kira jam 7.10 malam Selasa lapor portal Borneopost.

“Selepas dimaklumkan ayah dan adik lelakinya dipukul sekumpulan warga asing, anak mangsa segera ke lokasi sebelum mendapati mangsa berada dalam kedaan tidak sedarkan diri berdekatan kedai runcit terbabit.

“Anak lelaki mangsa berumur 31 tahun juga berada dalam keadaan cedera dan mengadu sakit di bahagian tangan dan kaki kanan sebelum kedua-duanya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon kritikal.

Haris berkata bertindak atas kejadian pihaknya menahan dua lelaki warga asing masing-masing berumur 30 dan 40-an dipercayai terlibat dalam kes itu.

“Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sebanyak RM10,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

 

video

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here