Doktor ditemui mati dalam bilik hotel

    1

    PORT DICKSON -Seorang doktor lelaki berusia 34 tahun berasal dari Seremban ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di Batu 1, Jalan Pantai di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat atas katil itu daripada pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

    “Kami menemui jarum suntikan pada tangan kiri lelaki itu. Siasatan mendapati dia memasukkan cecair sodium klorida ke dalam tubuh menggunakan jarum suntikan itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
    Aidi Sham berkata, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk proses bedah siasat.
    Kata beliau, punca kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti berdasarkan laporan bedah siasat dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini – K! ONLINE
    Loading...

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here