DRON Kini Diguna Bawa Terbang Dadah Masuk Ke Penjara ?

5

 

Objek terbang dipercayai dron didakwa digunakan pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk dadah ke kawasan penjara di Jalan Puncak Borneo di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, insiden tersebut dilaporkan berlaku baru-baru ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Menurutnya, terdapat rampasan ‘barang’ kes dan pihaknya sedang mengesan suspek yang terlibat.

“Setakat ini cuma ada rampasan dan kami akan mengambil tindakan susulan jika berjaya menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi lapor Utusan Borneo hari ini.

Bagaimanapun, Aidil tidak mendedahkan jenis dan jumlah dadah yang cuba dibawa masuk ke dalam kawasan penjara tersebut.

Terdahulu kelmarin, Aidil menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Penjara Puncak Borneo, Hamdan Salleh Majin dan rombongan.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan isu keselamatan dan mengeratkan kerjasama serta hubungan antara pihak Penjara dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

“Antara yang dibincangkan ialah kemasukan barang salah (dadah) ke dalam kawasan penjara menggunakan dron yang diterbangkan orang yang tidak dikenali,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here