HomeSARAWAKBERITADua Kereta Terbakar, Seorang Rentung
randausarawak.net

Dua Kereta Terbakar, Seorang Rentung


KUCHING: Seorang mati terbakar sementara seorang selamat dalam dua kejadian kemalangan berasingan di Kuching dan Bau kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang di pandu seorang lelaki yang belum dikenalpasti rentung selepas berlanggar dengan sebuah lori tiga tan.

Pemandu lori, Lend Kendong memberitahu beliau sedang dalam perjalanan membawa muatan minuman ringan dari Lundu ke kilang di Batu Kitang dan terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta Iswara memasuki lorong yang bertentangan.

“Saya melihat kereta memasuki lorong yang dilaluinya dan memberi amaran meggunakan lampu tetapi kereta tersebut masih terus melalui lorong yang bertentangan menhala kearah saya,” kata Lend Kendong, 46,yang berasal dari Pendawan.

Beliau mengatakan, bagi mengelak berlaku perlanggaran beliau telak mengelak ketepi jalan tetapi kereta Iswara tersebut melanggar pada bahagian sisi lori yang dipandunya dan terbakar.

Kent dan beberapa pemandu yang kebetulan berada ditempat kejadian cuba membantu mengeluarkan pemandu yang terperangkap didalam kereta Iswara tersebut tetapi gagal kerana api marak dengan cepat.

Pasukan Bomba dari Balai Bau tiba ditempat kejadian setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan menemui mayat yang sudah rentung dan sukar dikenalpasti.

Mangsa kemudiannya dikenalpasti sebagai Francis Linco Rinden dari Kampung Opar dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Mohd Sabri Zainol berkata mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di Sesco dalam perjalanan dari Betong ke Bau. Beliau meninggalkan seorang balu seorang jururawat di Hospital Bau dan seoran anak berusia satu tahun.

 ++++++

Dalam kejadian berasingan yang berlaku tengahmalam kelmarin, seorang lelaki  terselamat setelah keretanya terbakar akibat kemalangan berhampiran Kota Sentosa.

Lelaki berusia 36 tahun dari Jalan Perupok di Gita dipercayai dalam perjalanan pulang apabila kereta yang juga Proston Iswara Aeroback  dipandunya hilang kawalan dan terbalik dihadapan stesyen minyak.

Kereta terbakar dengan cepat dan beliau yang terperangkap didalam menjerit meminta bantuan apabila pakaiannya mula dijilat api.

Orangramai berjaya mengeluarkan pemandu sebelum api terus marak memusnahkan kereta tersebut

Orangramai menggunakan pemadam api yang terdapat di stesyen minyak berhampiran untuk memadam api yang membakar pakaian mangsa sebelum pasukan Bomba tiba memadamkan kebakaran kereta Iswara tersebut.

Pemandu cedera melecur dibahagian kaki akibat kemalangan tersebut dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida