HomeSARAWAKBERITADua maut selepas kereta dirempuh bas di Jalan Paradom dekat Sibu
randausarawak.net

Dua maut selepas kereta dirempuh bas di Jalan Paradom dekat Sibu

SIBU: Mohd Jaidi Hanil,15, menghembuskan nafas terakhirnya selepas gagal diselamatkan ketika menerima rawatan di Hospital Sibu malam kelmarin.


Ia berlaku beberapa jam selepas ayahnya, Hanil Hassan meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada jam 4.10 petang di Jalan Paradom, 17 kilometer dari sini.

Mohd Jaidi meninggal dunia kerana mengalami cedera parah di kepala.

Sehingga kini, adiknya, Mohd Hafi Zurah, 9, yang cedera di muka, dagu dan lehernya masih bertarung nyawa dan belum sedarkan diri di hospital.

Dua orang lagi adik mangsa iaitu adik perempuan dan adik lelaki bersama ibu mereka juga masih menerima rawatan.

Suasana hiba menyelubungi ruang legar wad ICU malam kelmarin setelah Mohd Jaidi disahkan meninggal dunia.

Kemalangan tragis tersebut melibatkan empat kenderaan termasuk dua kereta, sebuah bas dan sebuah lori.

Difahamkan kemalangan berlaku apabila sebuah bas cuba mengelak ke kanan mengakibatkan kemalangan berantai namun terlanggar belakang lori dan merempuh kereta Hanil yang datang dari arah bertentangan.

Hanil yang sepatutnya mula bekerja pada 1 September merupakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bekerja di Miri, dikatakan dalam perjalanan ke Kuching bersama keluarganya sebelum nahas itu berlaku.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida