HomeSARAWAKBot Bakun Mas Karam: Dua Penumpang Disangka Hilang Sebenarnya Sihat & Selamat...
randausarawak.net

Bot Bakun Mas Karam: Dua Penumpang Disangka Hilang Sebenarnya Sihat & Selamat – Keluarga

 


bot-karam-belagaKAPIT: Dua lelaki yang disenaraikan sebagai antara penumpang yang hilang selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, kira-kira 155km dari sini Selasa lepas, sebenarnya masih hidup dan telahpun pulang ke rumah panjang mereka, menurut seorang anggota keluarga.

Connie Menai memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa bapa saudaranya, Akong Empam, 50, dan sepupu, Hendry Linggi, 35, yang disenaraikan sebagai hilang ekoran insiden itu kini berehat di rumah panjang mereka, Rumah Panjang Berundang, Nanga Ensawi, kira-kira dua jam perjalanan dengan bot menghulu sungai dari sini.

“Selepas mendengar nama mereka disebut menerusi siaran radio malam tadi sebagai antara penumpang yang hilang, saya datang ke sini bersama-sama suami untuk membuat laporan polis bagi memperjelaskan perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis di sini Khamis.

Menurutnya kedua-dua lelaki itu memberitahunya mereka melompat dari bot ekspres ‘Kawan Mas’ yang semakin karam sebelum dihanyutkan arus deras sehingga kira-kira satu kilometer sebelum krew sebuah tongkang ternampak mereka lalu menghulurkan bantuan.

“Kira-kira tengah hari Selasa lepas baru mereka sampai di rumah panjang… letih, basah dan hanya memakai seluar dalam,” katanya. – BERNAMA

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida