HomeSARAWAKBERITADurian kura-kura curi tumpuan di Sarawak
randausarawak.net

Durian kura-kura curi tumpuan di Sarawak

wpid-duria_kura-kura-1.jpg
MIRI: Ketika musim raja buah iaitu durian melanda di serata Borneo, satu spesies durian yang jarang ditemui dikenali sebagai durian kura-kura turut berbuah.


Durian kura-kura itu hanya boleh ditemui di Kampung Selanyau, Bekenu kerana belum pernah dilaporkan terdapat di kampung-kampung lain di negeri ini.

Keunikan durian ini selain daripada saiznya yang sederhana, ia berbuah di hujung pangkal pokok.

ā€œDurian kura-kura menjadi tarikan pelancong yang datang dari Semenanjung Malaysia dan juga seberang laut hanya untuk melihat buahnya,ā€ kata Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Johnny Mungkil.

wpid-durian_kura-kura-2.jpg

Menurutnya, spesies buah unik itu hanya didapati di kampung tersebut dan juga hanya beberapa orang penduduk kampung memilikinya.

ā€œAntara pemilik pokok durian berkenaan ialah Taib Mawang (dua pokok), Sayah Mawan (dua pokok), Aspa Yahya (dua pokok) dan Midah Japar (tiga pokok).

ā€œAda antara pokok-pokok yang dimiliki itu berusia lebih 50 tahun,ā€ katanya.

Menurut Johnny, pokok durian unik itu kerana berbunga dan turut berbuah di pangkal pokok.

ā€œKulitnya berwarna kuning pucat keperang-perangan manakala isinya pula berwarna kuning,ā€ katanya.

Pada masa ini, beliau memberitahu banyak pokok-pokok muda mula ditanam kerana keunikannya dan juga untuk ditonton oleh pelancong.

wpid-durian_kura-kura-3.jpg

Mengenai rasa durian itu, ia boleh digambarkan tidaklah semanis seperti isi durian kebiasaan dan baunya lebih kuat.

wpid-durian_kura-kura_6.jpeg

wpid-durian_kura-kura_5.jpeg

wpid-durian_kura-kura_4.jpeg

..
..

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

ęƒŠé­‚é¬¼ęœˆ ꗠäŗŗ驾驶č½æč½¦č”—å¤“ä¹±ę’ž

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida