Ekoran Bantuan dari Polis Tidak Diterima, Wanita Bakar diri Sendiri

3

Seorang wanita lewat 20an di India dilaporkan ‘dijual’ bapa dan ibu saudaranya dengan harga Rs10,000 (RM594), sebelum dirogol beramai-ramai oleh ‘penjaga’ dan rakan-rakannya.

Lebih menyedihkan, rayuan wanita dari Hapur, India itu dengan meminta bantuan daripada pihak polis tidak diberi perhatian, menyebabkan dia trauma dan bertindak membakar diri sendiri.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu didakwa ‘dijual’ selepas kematian suaminya dan dijadikan pembantu rumah.

Bagaimanapun, lelaki yang ‘membelinya’ dilaporkan berulangkali merogolnya, membuatkan dia trauma.

Suruhanjaya Wanita India melalui presidennya, Swati Maliwal memaklumkan telah mengambil kes tersebut dan mendesak pihak berkuasa melakukan perkara yang sama.

“Mangsa mengalami trauma yang teruk dan tindakan polis yang enggan membantunya sangat memalukan,” kata Swati dalam surat yang dikeluarkan, lapor Times of India.

Swati juga menggesa agar balai polis berkenaan mengambil tindakan ke atas anggota mereka yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit yang terbakar 80 peratus kini dirawat di sebuah hospital di Delhi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here