HomeNASIONALEmpat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu PENJANA 2.0
randausarawak.net

Empat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu PENJANA 2.0

KUALA TERENGGANU  — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu keana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butir palsu  kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


Dokumen tuntutan itu melibatkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada PERKESO di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0).

Menurut sumber (SPRM), keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Kompleks SPRM Terengganu, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi merupakan pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek adalah pemilik syarikat komputer.

VIDEO berkaitan:

“Syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM170,000 pada tahun 2020 hingga 2021.

“Syarikat komputer itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM85,000 pada tahun 2021 hingga 2022,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok bagi tujuan permohonan reman.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida