HomeSARAWAKEnam Orang Termasuk Lima Sekeluarga Maut Di Km 14 Jalan Mukah-Selangau
randausarawak.net

Enam Orang Termasuk Lima Sekeluarga Maut Di Km 14 Jalan Mukah-Selangau

kemalangan Kilometer 82 Jalan Selangau-Mukah 2 kemalangan Kilometer 82 Jalan Selangau-Mukah


Enam orang terbunuh sementara seorang lagi parah dalam nahas antara sebuah Perodua Kancil dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di Km 14 Jalan Mukah-Selangau petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Omar Bakhtiar Yaacob berkata mangsa yang terbunuh ialah lima orang yang berada di dalam Perodua Kancil tersebut termasuk pemandunya serta seorang penumpang Toyota Hilux itu.

Kesemua mangsa meninggal di tempat kejadian. “Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil yang dipandu Mohd Hisham Abdullah, 40, dari Kampung Bruit, Daro bersama keluarganya yang dalam perjalanan dari arah Sibu ke Mukah bertembung dengan Toyota Hilux itu.

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan lima penumpang di dalam kereta tersebut tercampak dan tersepit di bahagian hadapan kereta.

“Salah seorang penumpang lelaki dari tiga penumpang di dalam Toyota Hilux yang duduk di bahagian belakang pula maut selepas terhantuk pada kerusi di hadapan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Omar Bakhtiar berkata yang parah ialah penumpang Perodua Kancil berkenaan iaitu Nur Syafiqah, 14, dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sibu.

“Semua mayat dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat. Polis sedang berusaha mendapatkan butiran kesemua mangsa yang terlibat dan punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata pihak polis dan bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan mereka.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

ęƒŠé­‚é¬¼ęœˆ ꗠäŗŗ驾驶č½æč½¦č”—å¤“ä¹±ę’ž

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida